Takziah kepada keluarga...
“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.
Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
**Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak.
Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.
Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68.
Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganay menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak mencukupi.
*Penulis mungkin tak layak nak cakap banyak, tapi sebagai seorang wartawan, penulis ucap terima kasih pada Mazidul yang dengan tulus hati tidak putus-putus menulis kisah arwah di blognya sebelum ini. Contoh kewartawanan yang prihatin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan pesanan anda ???