Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

TUJUAN PERKAHWINAN


   Carilah calon jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin. Bersedia dengan ilmu, zahir, batin dan fizikal. Namun harus kita ketahui apakah sebabnya kita mahu berkahwin. Adakah kerana rakan-rakan disekeliling kita kebanyakannya sudah berumah tangga? Adakah kerana sering mendengar paluan kompang di majlis perkahwinan? Banyak lagi perkara yang mendorong kita untuk berkahwin. Tetapi, jangan kita lupa. Perkara utama untuk berkahwin adalah kerana Allah. Bagaimana pula berkahwin kerana Allah? Adakah cukup dengan niat “ Sahaja aku berkahwin dengannya kerana Allah”, kemudian abaikan segala larangan Allah?
Banyak hikmah perkahwinan ini jika kita mahu kaji sedalam-dalamnya. Kalian boleh merujuk pada satu post saya yang bertajuk Hadis Dan Ayat Al-Quran Mengenai Perkahwinan.



1.Bagi mengelak fitnah.
Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai wanita, setiap inci tubuhmu bisa menarik perhatian lelaki di luar sana. Kerana itulah Islam mendidik kita agar menjaga aurat, sekaligus kita boleh menjaga maruah kita. Tetapi apakan daya jika sudah cukup kita menutup aurat, malah kita masih menjadi rebutan. Jangan disalahkan takdir dan jangan disalahkan wajahmu yang menawan itu. Anggaplah itu sebagai ujian daripada Allah. Di sinilah kita perlu kuat. Jika kita mampu, inilah masanya untuk kita bernikah bagi mencantas perasaan-perasaan yang tidak manis ini.
2.Menepis bisikan syaitan.
Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.
3.Perkahwinan satu ibadah.
Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’.  Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).
Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?""Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.
4.Menjamin nasab yang baik.
Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.


Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.
5.Tempat berkasih sayang.
Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri. 

Sabtu, 1 September 2012

Pandanglah Pasanganmu Sebagai Kesempurnaan

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.
Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing
Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..
Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..
Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.
Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,
Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….
Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….
Seorang suami apabila memandang dgn kasih sayang dan isteri pun memandang dgn kasih sayang maka ALLAH memandang kedua2nya dgn pandangan kasih sayang…bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa2 kedua2nya berguguran dr celah jari tangan keduanya… (HR. Rafii)

Ahad, 26 Ogos 2012

Bila 1 Keluarga Gangnam Style

Assalamualaikum ? salam 1 malaysia sahabat blogger dan sahabat-sahabat suka membaca sekalian.saya perhatikan gegilaan terhadap muzik K-POP semakin menjadi-jadi tak kira kanak-kanak,remaja dan orang tua juga .

sahabat semua apa jadi kalau 1 keluarga gila K-POP alamat gamatlah jadi .di youtube telah menjadi fenomena apa bila seorang sahabat telah mengupload video 1 family menari K-POP.apa yang boleh katakan anda semua memang sangat-sangat SEMPOI.....

kalau saya jadi jiran korang nak jugak join dalam video tu . Jom Layan....

Isnin, 13 Ogos 2012

Jenazah bapa tak dituntut ,harta boleh pulak dituntut

Gambar Hiasan


Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.


“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.

Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.


“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.



Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.


Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.


Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Jumaat, 22 Jun 2012

Ayat-ayat cinta TERUNA DAN DARA


Si Teruna: Maaf, tumpang tanya. Lorong CINTA jalanSAYANG kampung RINDU daerah KASIHSAYANG pekan HATI bandar I MISS U katmana ye ?



Si Dara : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. tu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.






Sabtu, 16 Jun 2012

Tragedi Malas Bangun Pagi

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.



Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.


Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.


Hah! nie makangnya...


Sumber Cilok : Harian Metro

Selasa, 10 April 2012

Sebab Miskin Bawa Adik Ke Sekolah


Gambar-gambar di atas dan di bawah mencerminkan satu suasana kehidupan di wilayah Hunan di negara China.
Mengikut laporan-laporan media, apa yang dilihat ini bukanlah sesuatu yang ganjil di wilayah berkenaan atau di seluruh negara itu  sendiri.
Sudah menjadi satu amalan yang diterima di negara China untuk salah seorang ahli keluarga yang bersekolah membawa bersama ahli  keluarganya yang lain ke sekolah.
Baik pihak sekolah mahupun kerajaan negara komunis itu tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang perkara berkenaan.
Ini kerana, ibu bapa murid seperti dalam gambar itu terpaksa berkerja untuk memastikan satu keluarga tidak mati kebulur. Jika anak  mereka mahu ke sekolah, dia terpaksa membawa saudaranya bersama kerana sudah tentu keluarganya tidak mampu untuk mengajikan pengasuh.
Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Walaupun data dan statistik memperlihatkan China negara ekonomi kedua terbesar dunia, namun hakikatnya ialah rata-rata rakyatnya yang  berjumlah 1.3 bilion orang hidup dalam kemiskinan yang teruk.
Tidak keterlaluan jika kita berkata masyarakat Cina di Malaysia sangat-sangat bertuah dan hidup dalam kemewahan. Pun begitu ada juga  kumpulan seperti Dong Jiao Zong yang berterusan menekan kerajaan atas dorongan politik semata-mata.
Kalau ada masyarakat Cina Malaysia yang susah pun, belum ke tahap perlu bawak adik beradiknya ke sekolah. Bersyukurlah sikit kan.
Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Sabtu, 7 April 2012

Kanak-Kanak 10 Tahun Lahir Bayi 2.3kg


BOGOTA – Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.
Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.
Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.
Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.
Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.