Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

Kisah Lawak Penghilang Bosan


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah abis

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil 

elektrik, api rumah aku dah kena potong! 

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Khamis, 23 Ogos 2012

Dialog Dua Hantu



“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

18 SX suami isteri


Bila tajuk 18 SX cepat betul korang klik , gatal jer jari jemari korang hah!!
sorry to say blog nie bukan blog blue
kita layan kisah nie..


Pada suatu hari...suami tengah memandu...,


Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....


si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)


isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!


si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...


Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...


si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)


isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....


si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)


isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita


sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......


isteri : awak ada ingin minta apa2??


suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...


isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??


suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..




Moral of the story "Jangan minta cerai dalam kereta" hahahahahahaah...

Ahad, 17 Jun 2012

Kisah 3 orang gila


Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


( Nama pun orang gila , layankan jerlh heheheheee.... )

Ahad, 27 Mei 2012

aktiviti kucing di rumah kala boring


Huwarrrggghhhhhhhhhhh sedapnya tido..........

makan tido...makan tido...makan tido.......

kucing tgh wat latihan untuk sukan olimpik

tiru gaya artis........ hehehehe....

kucing kaki karok.......


malu2 kucing gitu....

kalau sy xada msa kucing sylh yg tlg blogwaking tok sy .... hehehee....

Rabu, 2 Mei 2012

Koleksi Kisah Lawak Berguling - Guling



LEMBU: Hai anjing, apa habaq?Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih.Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh?kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ...
ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"HAHAHAHHA~(gelak besarr)

suasana dlm kelas...


cikgu: siti, bgn! d sbbkn kamu x membuat keje rumah yg sy bg. sy nk denda kamu!
siti: denda ape ckgu?
fuad: hahahahahaha!!! kena denda! i like...
cikgu: awk diam!!! nanti awk pn sy denda!
fuad: pulok doh... @_@
cikgu: ok, siti! buat bunyi kucing! biar satu kelas dgr! cpt!
siti: miowwww..Miow,,, (errrrr~~ malunyer..)
ckgu, cm ne dgn fuad?
cikgu: hah fuad! turn ak pulok! buat bunyi buaye!
fuad: ???? urmmmmm... pewwwwwwwwiiiiiitttttttttttttttttttttttttt....cun tuh!
cikgu: ??? ape awk buat ni??? buaye ape cm 2?
fuadBUAYA DARAT ckgu...
cikgu: =_=' huh..




SoaLan Bangang Yg Buat Org Bengang !! Ggrrrrrr !!

1)bile org npk ko baring tutup mate
   s :  ko tidur ke?
   j  : tak la,aku training mcm mane nk mati nnt.
...
2)Imagine ko bwk tv ko yg rosak jmpe technician suro repair,die msti tnye gak:
  : nk repair tv ke?
  j  : tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3) time ko bgun tido,terus si bodo tnye ko:
  s : ko da bangun?
  j : ish,aku tgh tdo smbil jln la bodo~

4)kwn ko call phone umah ko:
  s : mne ko?
  j : sini,kt bus stop!!!

5)diorg nmpk ko kuar dr bilik mandi basah2:
 s : ko bru mandi ke?
 mana ade,aku jatuh dlm lubang jmban td!

6)ko di dlm toilet,pintu berkunci,ade gk org ketuk pintu n tnye:
 s :  ada org x?
 j :  (*suare kiut) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!!bikin panas laa..



JENIS2 motor :

Motor paling moden - Modenas
Motor ada hon - Honda
Motor paling best - Suzuki Best
Motor paling bahaya - Honda Hurricane
Motor untuk ahli sukan - Yamaha Sport
Motor yang asyik menang - Modenas Jaguh
Motor paling tajam - Honda Blade
Motor untuk menteri - Yamaha Pasola
Motor untuk VIP - Modenas Elit
Motor Red Indian - Tomahawk
Motok reksasa - Ducatti Monster
Motor pandai karete - Kawasaki Ninja
Motor ade class - EX5 Class
Motor satu class - EX5 Class 1
Motor macam terminator - Eliminator
Motor bersayap emas - Goldwing
Motor paling lama - Yamaha Lagenda
Motor atas air - Motobot
Motor muat dalam poket - Motorola....



TULIS SURAT:

Seorang misi di sebuah hospital sakit jiwa melihat salah seorang pesakitnya sedang menulis surat.

" Kau menulis surat untuk siapa? " tanya misi itu.
...
" Saya menulis surat untuk diri saya sendiri, " jawab si pesakit jiwa tenang..

" Jadi.. apa yang kau tulis? " tanyanya lagi.

" Mana saya tau? " jawab si pesakit.

" Saya kan hanya akan menerimanya pagi esok...!!"

like3x .. haha .



Lamaran

boy: sudikah kiranya brkahwin dgnku?
girl: awak ada rumah?
boy: tak
girl: ada BMW?
boy: tak
girl: brapa banyak gaji awk sbulan?
boy: tak ada gaji..tapi..
girl: tak ada tapi2..awak tak memiliki apa2..mcm mn saya nk kahwin dgn awak?? tolong pergi!!
boy: (ckp dlm hati)aku ada sebuah villa, 3 bidang tnh, 3 buah Ferrari, 2 Porsche..knp aku kena beli BMW?mcm mn aku nk dpt gaji klau aku sendiri bos?

>>Perlu ker pilih psangn hdp yg mmpunyai harta shj??
pilihlah krn IMANnya...
:) hehehe



Akta 15
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial…Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Hamid “kita nak kemana nie?”
Rosni  : “Tak kisah la…mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..”
Rosni  : “Saya ok aje…”

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta..,mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta…Mulanya berbual biasa..lama-kelamaan..Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni…nampaknya Rosni tidak membantah…
Beberapa minit kemudian..Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas…Rosni masih tidak membantah…hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi…
Rosni berkata dengan sopan,”Abang Hamid…ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial”..
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu…Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni…walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 tu…
Hamid : “Maafkan saya”
Rosni  : “Tak apa”
Lalu mereka pulang…Di rumah..Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15…lalu dia membaca kandungannya berbunyi begini:
“Teruskan Usahamu…Jangan lakukan Separuh Jalan”
Hamid: Cisssss…………(dalam hati)
* hahahaha



~* Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya *~

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)



Tips ̲U̲n̲t̲u̲k̲ ̲M̲e̲n̲g̲e̲c̲i̲l̲k̲a̲n̲ ̲P̲e̲r̲u̲t̲ ̲B̲u̲n̲c̲i̲t̲ dengan Self-Hypnosis:

1. Bangun pagi-pagi
2. Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan ke perut
3. Bungkuk kan badan
4. Buka /baju
5. Lalu tampar perut berulang ulang, sambil mengucapkan :"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu...!! hahhahaha




Seorang wanita membawa anaknya masuk ke bilik doktor dgn tergesa-gesa dan terus duduk…

"Tolonglah saya tuan.Cuba tengokkan apa yg tak kena dgn anak saya ni"

"Em..saya rasa sume ok,cuma rambut dia je yg tak bersikat.Baju yg dia pakai
... ni pun lawa..ada gambar Mickey Mouse lagi.Sesuai la dgn warna kulitnya.."

"Bukan itu yg saya maksudkan tapi kesihatan anak saya ni.Adakah dia sakit
doktor?"

"Oo..itu saya tak boleh jwb sebab saya cuma tukang sapu di sini.Tunggu pukul
sepuluh nanti doktor sampai."




4 ekor binatang Cat,Dog,frog & Pig buat konsert..Cat nyanyi lagu Isabella..Semua tepuk tangan,Dog nyanyi lagu sejati pastu Frog nyanyi lagu si jantunG hati, semua orang tepuk tangan, tapi bila tiba giliran Pig nyanyi lagu semua orang lempar kerusi dan batu kat dia.. kenapa? * * * ... * * sbb dia nyanyi LagU KITA SERUPA~. . KITA SERUPA~. .. ;p




Satu hari di kedai mkn sepasang suami isteri sdg berbual..

Isteri: Abg, syg dh penatlah hari2 buat anak...
Suami: Alah awak ni dh tu sumber pencarian kita sehari2 xkn nk berhenti buat kot...

Isteri: Yelah tp sy dh penatlah bng..
Suami: Kalo awk penat nti abg suoh org lainlah buat dgn abg..
Isteri: Yelah bng..syg ikut je..

Sementara itu seorang pelanggan yg turut minum disitu terdengar perbualan mereka terus mencelah..

Pemuda: Woi! Korg ni suami isteri mcm ape ah pandai buat anak je tp
jaga belom tentu! Pulak tu yg isterinyer bole pulak benarkan je suami
buat maksiat dgn org lain! Xpaham aku suami isteri mcm ape korg ni..

Suami: Helo sedara..Ko ckp ape ni?kitorg bisnes anak patunglah..Lain kali kalo nk menyampuk bg salam dlu...

Pemuda: Ah?eh,eh..mamak teh tarik aku bape kire?

p/s: moral of da story?? hee~~



Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yg kerinting b'tukar menjadi lurus .


Imam : Kenape dgn rambut kamu tu ?
Anak : rebonding, yah.
imam : ape rebonding tu ?
anak : diluruskan yah.
imam : Oooww...

Tiba waktu solat, pak imam pergi ke masjid , Sblm mengangkat takbir , pak imam menoleh ke belakang dan berkata,

imam : safnya tolong diREBONDINGkan ya .

makmum : ???



Kejadian seram Di Bilik ICU

Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.
Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.
Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.

Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya…. :P



Kisah di kawasan perkuburan;

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"



Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

Doktor: Hari ini saya ada dua berita utk awk.satu berita baik,dan 1 lgi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_#