Sabtu, 25 Ogos 2012

Video Kemalangan 4WD Lebih Muatan Terbalik (Ngeri!)





Budak Makan Rumput Ke Sekolah


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa

Khamis, 23 Ogos 2012

Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran


Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim. Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekalimempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.





“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini” (Surah Al-A’raf: 172).

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah. Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT. Wallahu’alam.



Dialog Dua Hantu



“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

18 SX suami isteri


Bila tajuk 18 SX cepat betul korang klik , gatal jer jari jemari korang hah!!
sorry to say blog nie bukan blog blue
kita layan kisah nie..


Pada suatu hari...suami tengah memandu...,


Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....


si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)


isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!


si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...


Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...


si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)


isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....


si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)


isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita


sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......


isteri : awak ada ingin minta apa2??


suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...


isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??


suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..




Moral of the story "Jangan minta cerai dalam kereta" hahahahahahaah...

Rabu, 22 Ogos 2012

Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar

Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Buddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.


Mengenali Etnik Rohingya:
  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk
    asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran
    sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah
    serta ilmiah yang dilakukan.
  • Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
  • Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di
    Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang
    beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
  • Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
  • Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu
    dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam
    Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen
    antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora
    Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho
    Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
  • Tragedi kemanusiaan yang  dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini
    berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim
    telah dibunuh pada 26 Julai 1938.  Tragedi yang sama juga berulang pada
    tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.
  • Sehingga kini, dilaporkan seramai  1
    juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia
    (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih
    berada di Arakan.
  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermula
    pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang
    asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui 
    undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang
    bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah
    junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan
    muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
    sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka
    dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
    dikenakan kepada mereka.
  • Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,
    anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
    tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
    daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
  • Tambah
    menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
    antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan
    hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka
    dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan
    yang ingin mereka dapatkan.
  • Tambah
    memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
    menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak
    dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran
    agamanya. 
  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim
    Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke
    negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,
    Thailand dan Malaysia. 
Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:
  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada
    hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan
    Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan
    pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan
    pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang
    Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya
    dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri
    Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah
    melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera
    Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap
    individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan
    orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan
    terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram.
    Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan
    mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan
    agama secara besar-besaran.
  • Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan
    berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka
    melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan
    dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera
    Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam
    keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain
    berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan
    keselamatan.
  •  Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera
    Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah ,
    ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki
    mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda
    Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan
    tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan
    pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun
    pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.
    Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang
    ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon
    bimbit.
  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di
    Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di
    Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar
    di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa
    Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Gambar-Gambar Keganasan Terhadap Etnik Rohingya:










Peranan Umat Islam:
Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep
persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh
golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu
kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan
konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.
Bagi yang berkemampuan, anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui Tabung Krisis Kemanusiaan Rohingya yang dilancarkan oleh ABIM bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa melalui satu misi
kemanusiaan ke Myanmar yang akan digerakkan oleh agensi kemanusiaan ABIM
iaitu Global Peace Mission (GPM).
Pihak  ABIM merayu seluruh rakyat
Malaysia agar menyalurkan segala bantuan kewangan ke akaun GPM
14-023-01-002922-4 (Bank Islam) atau 5642-2161-1602 (Maybank).

Sumber : Sini

OMG : Cara Orang Bangladesh Pulang Ke Kampung Berhari Raya