Khamis, 30 Jun 2011

** GEGAR BLOG JULAI 2011 **


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......


   Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia warga Blogger semua , hari nie abg ben wat segmen baru yg diberi nama  " GEGAR BLOG JULAI 2011 " sy mcm biasalh msti kena follow kalau korang nak follow jugak boleh jugerrr... senag jerrr korang klik banner kat bawah nie !!! 
** Klik Banner untuk join **

 ~ Jom kita sama-sama terjah semua blog-blog yang ada kat dunia nie...... " kita tingkatkan prestasi dan kita kurangkan kontroversi " ~

Rabu, 29 Jun 2011

**Isteri Lempar RM350,Banyak Woooo.... **

     

    Seorang wanita melemparkan segulung wang kertas RM50 yang kesemuanya berjumlah RM350 kepada seorang ahli perniagaan tekstil sebagai harga ‘khulu’ iaitu tebus talak selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengesahkan pasangan itu masih suami isteri yang sah.

Tindakan Yani Yuhana Mohd. Zamri, 24, itu menimbulkan sedikit kekecohan ketika sidang mahkamah berhenti seketika malah suaminya, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selaku plaintif terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Yani yang bertindak sebagai responden dalam kes itu sempat berkata: ‘Nah, ambil ni!,’ kepada Muhammad Kamran sambil berlalu pergi dari mahkamah dengan ditemani ibu bapa dan ahli keluarga.

** HOT !!! ayam naik RM1 **






        Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.

Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.


Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya.



Jumaat, 24 Jun 2011

** Hamba seks bapa durjana **



    

       
     Seorang lelaki sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks setiap kali isterinya tiada di rumah, sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila sering dijadikan tempat pemuas nafsu bapa tirinya itu di rumah mereka di Taman Cheras Utama, Batu 9. Akibat tidak tahan diperlakukan sebegitu, mangsa yang ditemani ibunya bertindak nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPD), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek berusia 36 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori merogol mangsa dalam bilik tidurnya sejak mangsa berusia sembilan tahun.

“Akibat perceraian, hanya mangsa yang tinggal bersama ibu kandung dan suspek manakala adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapa kandungnya.

“Kesempatan itu digunakan suspek merogol mangsa berulang-kali tanpa ada rasa bimbang perbuatannya itu diketahui isterinya,” katanya.

Bimbang perbuatan kejinya itu diketahui isteri, suspek bertindak mengugut memukul mangsa jika perbuatannya itu dimaklumkan kepada isterinya.


Oleh kerana bimbang dipukul, mangsa berdiam diri terhadap perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

Bagaimanapun, selepas sekian lama berdiam diri dan memendam perasaan, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis.

Rashid berkata, bertindak atas maklumat yang diterima daripada mangsa, sepasukan polis dari IPD Kajang pergi ke rumah mangsa sebelum menahan suspek.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini membantu siasatan.

“Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan mangsa dirogol,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan sebatan. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang bapa ditahan kerana disyaki mencabul anak gadisnya yang berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu di Taman Bukit Mutiara.

Bapa berusia 42 tahun itu dikatakan sering mengarahkan mangsa berbogel sebelum bertindak meraba kemaluannya berulang kali.

Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak berani a mengajak anak gadisnya itu untuk tidur sekatil dengan niat mencabul mangsa.

Mangsa nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, berdasarkan maklumat diterima, polis menahan suspek kira-kira jam 10 malam.

** Jenis Orang dan Jenis Kentutnya, huhuhu....**





* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Khamis, 23 Jun 2011

** Ibu rela dinoda demi menjaga kesucian anak **

   





     Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.


“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.

Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).

Rabu, 22 Jun 2011

** Kajol Dipenjara **








      “Sebagai orang Islam, perbuatan kamu haram. Walaupun kamu mengaku Orang Asli dan bukan Islam, berdasarkan dokumen dikemukakan di hadapan saya, kamu orang Islam,” kata Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Aris Fadhilah Sulaiman ketika menjatuhkan hukuman terhadap penyanyi mak nyah tersohor di Kelantan, Kajol.

Kajol, 25, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April lalu.

Hukuman itu sepatutnya berkuat kuasa semalam, namun ditangguhkan selepas tertuduh merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prodising akan datang.

Terdahulu, kes membabitkan Kajol disebut kali pertama jam 10 pagi selepas diberi tempoh untuk hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding perbicaraan dilakukan pihak pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Sejurus memasuki kandang tertuduh, Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, tertuduh dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan tertuduh beragama Islam.
“Saya hukum apa yang dikemukakan di hadapan saya. Sekali lagi kamu menyampuk, saya akan memberikan hukuman lain. “Perbuatan kamu lakukan meninggalkan kesan besar kepada masyarakat terutama adik-adik kamu,” kata Aris Fadhilah menyebabkan tertuduh terdiam dan mendengar nasihat diberikan.

Bagi kesalahan berkenaan, Kajol didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bilangan 2/85 kerana berpakaian tidak senonoh dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Kajol cuba menayangkan alat sulitnya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi membuktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat persembahan di tapak ekspo di bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, 15 April lalu, penyanyi berkenaan melakukan perbuatan itu bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenahnya tidak dilayan.