- Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
- Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
- Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
- Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
- Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
- Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
- Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
- Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
- Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
- Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
- Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
- Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
- Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
- Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
- Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
- Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
- Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
- Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
- Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
- Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
- Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
- Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
- Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
- Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
- Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
- Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
- Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
- Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
- Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
- Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
- Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
- Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
- Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
- Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
- Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.
- Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
- Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
- Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
- Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
- Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
- Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
- Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
- Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
Selasa, 16 Ogos 2011
Kata Kata hikmah sebagai pedoman
Isnin, 15 Ogos 2011
Pentas Runtuh Yang Mengorbankan 5 Nyawa
Ketika sedang menunggu kumpulan Sugarland muncul di atas pentas sempena Karnival Indiana, angin kencang yang melanda telah menyebabkan pentas pertunjukan tersebuh runtuh sama sekali.
5 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera.
Ini gambar pentas sebelum pertunjukan bermula:

Ini pula gambar ketika dan selepas runtuh:





Video amatur dari pengunjung karnival:
Yusry KRU, Lisa Surihani Akan Berkahwin Pada 2012
Heboh di blog-blog hiburan mengenai pengakuan Pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, yang merancang untuk berkahwin dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, jika tiada aral melintang, pada tahun depan.
“Kisah percintaan Yusry dan Lisa Surihani memang sudah tidak perlu dikatakan lagi. Hampir semua Lisa Surihani hampir tidak percaya, tidak juga yang merestui hubungannya dengan duda, Yusry,
“Dalam petikan portal Berita Harian baru-baru ini, mereka sudah ‘set’ kan tahun untuk segera diijab kabulkan. Memandangkan Lisa Surihani yang cantik ini takut nanti dikebas dek orang. Hehe. Kalau sudah jodoh tak kemana juga kan,
“Haraplah mereka akan disatukan dengan selamat nanti. Kalau putus cinta ditengah jalan, itu dugaan semata-mata. Tapi kita harapkan agar mereka berjaya membina masjid,” kata izyan.com.
Sementara itu, zonartis.com berkata, akhirnya, Yusry Abdul Halim atau lebih kita kenali dengan nama Yusry KRU mengakui yang dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani.
“Pengakuan Yusry ini sekali gus mengesahkan segala gosip yang kita dengar sebelum ini. Dan jangan terkejut, Yusry sendiri memaklumkan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Good news!,” kata blog itu.
Yusry adalah seorang duda setelah bercerai dengan pelakon popular, Erra Fazira pada tahun 2006 manakala Lisa pula adalah pelakon sedang meningkat naik dengan status bujang dan berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan.
Kuih 10 Biji RM1, Murtabak RM1
ALOR SETAR – Kebiasaanya kuih muih dijual pada harga RM1 untuk 3 biji manakala murtabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darulaman, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuih muih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu, menurut Bernama.
Katanya dia hanya berniaga di bazar Ramadan sahaja dan sesiapa yang mahu merasai kelazatan kuih yang dijualnya perlu menunggu setahun sekali dan dia hanya berniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman.
Sementara itu, peniaga murtabak, Abdullah Salleh, 49, atau lebih dikenali sebagai ‘Bang Lah Murtabak’ yang berniaga murtabak ayam dan daging pada harga RM1 sekeping berkata dia berbuat demikian kerana berniat untuk bersedekah sambil berniaga.
“Sejak sembilan tahun lalu, harga murtabak saya tidak pernah berubah dan saya akan cuba kekalkan harga ini selagi saya mampu.
“Saya mempunyai pekerjaan tetap, jadi keuntungan bukanlah sesuatu yang dicari tetapi kepuasan dalam menderma kepada orang ramai lebih penting,” katanya yang juga hanya berniaga pada bulan Ramadan sahaja.
Katanya, sebab itulah setiap kali tiba bulan puasa, dia akan cuba mencari masa untuk berniaga murtabak dengan harga RM1 sekeping.
Ahad, 14 Ogos 2011
Gadis 14 tahun hamil
Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.
Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.
Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.
Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.
Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.
“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
' Bersahur ’ di ranjang
Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.
Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.
Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.
Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.
Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Bunuh Bapa ,Tikam ibu angkara marah kucing
Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.
Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.
Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.
“Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising.
Langgan:
Catatan (Atom)




