Asslamualaikum ?....
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berbloging , sambungan dari kisah sebelum ini.setelah bersusah payah membawa perut 9 bulan maka tanggal 15/6/2013 lahirlah seorang baby comel yang kami beri nama Mohammad Firas Izzuddin Bin Md Fauzi dengan berat 3.29kg dilahirkan secara normal di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang johor.
alhamdulillah sekarang firas semakin membesar dan aktif.ayah dan umi berjanji akan memdidik firas agar menjadi anak yang soleh dan menyenagkan ayah dan umi.
Selasa, 27 Mei 2014
Selasa, 6 Mei 2014
Kehidupan baru ku di Sek Keb Kahang Part 1
Assalamualaikum....
Alhamdulillah setelah sekian lama ain menyepi dari dunia blog kini ain muncul kembali.batasan waktu kerja sangat menghalang ain untuk aktif berbloging.dah lama sangat tak aktif mulalah penyakit lupa datang , user name dan password blog pun dah tak ingat tapi hari ini alhamdulillah lebih kurang 1 jam ain cuba untuk SIGN IN membuahkan hasil jugak.
Tanggal 26/9/2012 mengubah kehidupan ain kerana pada tarikh itu tarikh ain melaporkan diri sebagai KAKITANGAN AWAM dan pada tarikh 1/10/2012 ain mula melapor diri di tempat bertugas iaitu di SEK KEB KAHANG ,Kluang johor .
ain bersyukur sangat akhirnya ain dapat jugak menjadi KAKITANGAN AWAM dah banyak kali ain mohon tapi banyak kali jugak tak dapat,inilah orang kata rezeki lepas kahwin .
Orang pernah kata setiap ujian Allah swt ada hikmahnya , setiap orang pasti akan diberikan ujian sebagai tanda Allah itu sayang dekat kita.ujian yang ain harus tanggung apabila ain di sahkan menghidap penyakit batu karang didalam buah pinggag ain sebelah kanan dan ain mengadung .
bersambung ........
Alhamdulillah setelah sekian lama ain menyepi dari dunia blog kini ain muncul kembali.batasan waktu kerja sangat menghalang ain untuk aktif berbloging.dah lama sangat tak aktif mulalah penyakit lupa datang , user name dan password blog pun dah tak ingat tapi hari ini alhamdulillah lebih kurang 1 jam ain cuba untuk SIGN IN membuahkan hasil jugak.
Tanggal 26/9/2012 mengubah kehidupan ain kerana pada tarikh itu tarikh ain melaporkan diri sebagai KAKITANGAN AWAM dan pada tarikh 1/10/2012 ain mula melapor diri di tempat bertugas iaitu di SEK KEB KAHANG ,Kluang johor .
ain bersyukur sangat akhirnya ain dapat jugak menjadi KAKITANGAN AWAM dah banyak kali ain mohon tapi banyak kali jugak tak dapat,inilah orang kata rezeki lepas kahwin .
Orang pernah kata setiap ujian Allah swt ada hikmahnya , setiap orang pasti akan diberikan ujian sebagai tanda Allah itu sayang dekat kita.ujian yang ain harus tanggung apabila ain di sahkan menghidap penyakit batu karang didalam buah pinggag ain sebelah kanan dan ain mengadung .
bersambung ........
Isnin, 17 September 2012
Nicol Tewas Pertahan Mahkota
Kemenangan sulung pemain meningkat naik dari Mesir, Raneem El Weleily ke atas pemain nombor satu dunia, Nicol David, semalam melenyapkan impian ratu skuasy negara untuk mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia buat kali kelapan berturut-turut.
Nicol yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagaimanapun terpaksa akur 12-10, 11-13, 13-11, 11-2 selepas lawannya yang baru berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi lebih mantap berbanding apa yang dipamerkannya.
Prestasi baik Raneem beraksi dengan cukup cemerlang dan tidak melakukan sebarang kesilapan sepanjang perlawanan berlangsung. Dengan prestasi baik yang dipamerkan, saya cukup sukar untuk mengutip mata.
Tahniah. Dia (Raneem) langsung tidak gentar ketika berada di gelanggang dan bermain dengan baik untuk berjaya memenangi perlawanan hari ini (semalam), katanya dengan nada kecewa.
Raneem yang juga pemain nombor dua dunia pula mengakui sedikit gugup ketika mengatasi di saingan separuh akhir dan menyifatkan kemenangannya semalam sesuatu yang luar biasa.
Saya berjaya mengawal perasaan gugup untuk menjadi lebih baik ketika menentang Nicol. Saya tidak mahu lakukan kesilapan dan terus melakukan yang terbaik. Ini kemenangan besar buat diri saya, kata Raneem.
Sementara itu, dalam kategori lelaki menyaksikan Tarek Momen dari Mesir unggul mengatasi rakan senegaranya, Mohamed El Shorbagy 12-10, 6-11, 12-10, 8-11, 14-12 untuk dinobatkan sebagai juara.
P/s : jangan sedih dato nicol david kami rakyat malaysia sentiasa menyokong dato , usaha itu tangga kejayaan gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya .
Sabtu, 15 September 2012
Hutang Oh Hutang
Assalamualaikum ???.....
Salam sejahtera rakan blogger semua . korang penah tak mengalami masalah orang berhutang tapi dia buat tahu jer muka tak tahu apa2 atau mungkin anda sendiri yang buat peragai macam itu .kadang2 orang menyalah gunakan kebaikan kita menolong dia dalam kesusahan . sahabat sejati boleh di umpamakan macam " 1 dalam seribu " hanya 1 sahabat sejati yang boleh berdamping dengan kita time susah atau pun senang yang selebihnya mungkin hanya bersama korang time korang senang atau time dia orang susah cari kita nak pinjam duit atau what ever yang dia orang rasa kita boleh dimanfaatkan .
sifat2 suka meminjam nie memang elok sebab kita beriktiar untuk menyelesaikan masalah tapi sifat tak elok kalau kita dah pinjam tapi tak bayar.ditakuti kalau kita tak bayar balik sahabat kita tu tak maafkan kita sampai bila2.bagi yang mereka yang pernah menjadi mangsa tipu macam nie janganlah sedih kerana Allah swt tu maha adil dengan setiap hambanya , RM10 hilang berganda Allah swt akan kembalikan tapi dalam bentuk yang berbeza .
Salam sejahtera rakan blogger semua . korang penah tak mengalami masalah orang berhutang tapi dia buat tahu jer muka tak tahu apa2 atau mungkin anda sendiri yang buat peragai macam itu .kadang2 orang menyalah gunakan kebaikan kita menolong dia dalam kesusahan . sahabat sejati boleh di umpamakan macam " 1 dalam seribu " hanya 1 sahabat sejati yang boleh berdamping dengan kita time susah atau pun senang yang selebihnya mungkin hanya bersama korang time korang senang atau time dia orang susah cari kita nak pinjam duit atau what ever yang dia orang rasa kita boleh dimanfaatkan .
Jumaat, 14 September 2012
Adam & Hawa | Full Movie (2012) [ update Ep 11 ]
Language: Malay | Genres: Drama | Subtitle: None
Sinopsis:
Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing?
Episod 01
Episod 02
Khamis, 13 September 2012
TUJUAN PERKAHWINAN
Carilah calon jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin. Bersedia dengan ilmu, zahir, batin dan fizikal. Namun harus kita ketahui apakah sebabnya kita mahu berkahwin. Adakah kerana rakan-rakan disekeliling kita kebanyakannya sudah berumah tangga? Adakah kerana sering mendengar paluan kompang di majlis perkahwinan? Banyak lagi perkara yang mendorong kita untuk berkahwin. Tetapi, jangan kita lupa. Perkara utama untuk berkahwin adalah kerana Allah. Bagaimana pula berkahwin kerana Allah? Adakah cukup dengan niat “ Sahaja aku berkahwin dengannya kerana Allah”, kemudian abaikan segala larangan Allah?
Banyak hikmah perkahwinan ini jika kita mahu kaji sedalam-dalamnya. Kalian boleh merujuk pada satu post saya yang bertajuk Hadis Dan Ayat Al-Quran Mengenai Perkahwinan.
1.Bagi mengelak fitnah.
Wahai sahabat, sahabiah sekalian. Saya amat yakin bahawa antara kalian pasti pernah melalui saat apabila diminati seseorang. Saya juga mengakui hal ini. Tidak kiralah lelaki atau wanita, mereka pasti pernah melalui hal ini. Fitrah manusia jangan mula dibiarkan berleluasa menjadi fitnah dunia. Lelaki dan wanita ibarat tarikan magnet. Ketahuilah wahai wanita, setiap inci tubuhmu bisa menarik perhatian lelaki di luar sana. Kerana itulah Islam mendidik kita agar menjaga aurat, sekaligus kita boleh menjaga maruah kita. Tetapi apakan daya jika sudah cukup kita menutup aurat, malah kita masih menjadi rebutan. Jangan disalahkan takdir dan jangan disalahkan wajahmu yang menawan itu. Anggaplah itu sebagai ujian daripada Allah. Di sinilah kita perlu kuat. Jika kita mampu, inilah masanya untuk kita bernikah bagi mencantas perasaan-perasaan yang tidak manis ini.
2.Menepis bisikan syaitan.
Percayalah walaupun kita sebenarnya hanya berkawan, tetapi rasa suka itu pasti terbit hanya kerana bisikan syaitan. Kita perlu sedar bahawa syaitan menggunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan kita ke dalam neraka jahanam. Itulah janji syaitan kepada Allah. Syaitan sendiri melaksanakan janjinya kepada Allah. Lalu bagaimana dengan kita yang dulunya pernah berjanji untuk beribadat dengan Allah sewaktu di alam roh? Adakah kita menunaikan janji kita? Sekadar peringatan buat kita. Syaitan menangis tatkala terlafaznya ijab dan qabul. Segala hubungan telah menjadi halal. Maka bisikannya untuk menjerumuskan manusia ke dalam cinta haram telah gagal. Tidakkah kita suka apabila ‘musuh’ kita tewas dalam mempengaruhi kita?Syaitan sebenarnya tidak berputus asa. Apabila sudah berkahwin, maka dia akan mempengaruhi kita dalam bentuk lain pula. Hanya orang yang beriman bisa menewaskan syaitan. Ayuh kita usahakan itu.
3.Perkahwinan satu ibadah.
Saya juga sering tertanya, bagaimana perkahwinan boleh menjadi ibadah. Jawapannya adalah, perkahwinan sebenarnya ibarat satu laluan di mana di atas jalah tersebut terdapat banyak batu-batu permata. Batu permata tersebut saya ibaratkan seperti ‘pahala’. Bagaimana kita mahu mengutip batu permata (pahala) tersebut ? Senyuman isteri buat suami, bingo! Isteri dapat pahala. Suami beri sesuap nasi buat isteri, bingo! Suami dapat pahala. SubhanAllah… Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah).
Teringat kisahnya Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW.Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?""Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.Rasulullah SAW bersabda :"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Manisnya kehidupan selepas berkahwin. Satu lagi sebelum saya terlupa. Perkahwinan juga adalah ibadah sekiranya kita menyayangi keluarga pasangan kita sebagaimana keluarga kita sendiri. Mak pasangan kita juga mak kita. Begitu juga dengan bapa pasangan kita adalah bapa kita. Maka layanilah, hormatilah mereka sebagaimana kita lakukan kepada keluarga kita. Jatuhlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap mak dan bapa mertua. InsyaAllah, jika kita ikhlas kerana Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan.
4.Menjamin nasab yang baik.
Hubungan lelaki dan wanita sudah pasti melahirkan seorang bayi. Perkahwinan adalah bagi menjamin nasab bagi bayi yang lahir. Hal ini sangat-sangat penting dalam islam. Nasab amat penting dalam islam. Jika sepasang suami isteri mengambil anak angkat, lalu di ‘bin’ kan anaknya kepada ayah angkatnya, maka ayah tersebut masih tidak boleh mewalikan anak itu dalam pernikahan terutamanya anak angkat perempuan. Jika perkara ini berlaku juga tanpa pengetahuan orang, maka perkahwinan anak perempuan itu tidak sah. Lalu bagaimana dengan hubungan pasangan suami isteri itu? Sudah tentulah tidak sah. Jika lahir anak dari perhubungan itu, maka bagaimana pula dengan nasab anak itu? Perkahwinan yang sah akan melahirkan anak yang baik dan menjamin keturunan yang jelas dalam salasiah keluarga. Anak itulah satu anugerah Allah ibarat kain putih, lalu kita mencoraknya.. Itulah kata orang, jika mahu melihat ibu bapa, maka lihatlah tingkah anak mereka. Allahu a’lam. Zaman sekarang juga anak-anak senang dipengaruhi oleh banyak faktor dari luar.
Jika tiada anak dari hubungan suami dan isteri tersebut, maka adakah penceraian itu jalan penyelesaiannya? Memang kita tidak nafikan semua orang mahukan anak. Tapi ketiadaan anak, bukanlah satu permintaan pasangan itu. Jika sanggup, berpoligamilah. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3). Jika tidak sanggup, bolehlah mengambil anak angkat, lalu disusukan.
5.Tempat berkasih sayang.
Dalam sebuah perkahwinan, dapatlah kita lihat seorang lelaki yang gagah dan perkasa diluarnya, menjadi lemah lembut dan manja. Sebagaimana Saidina Umar yang terkenal dengan sifat tegasnya, menjadi lemah lembut dan sangat penyayang apabila berada didalam rumahnya. Di sinilah tempat tercurahnya segala kasih dan sayang. Kasih sayang perlulah seiring dengan sikap saling memahami. Jika hubungan atas dasar kasih sayang, maka ia akan pudar serta merta. Bagaimana jika suami berlaku kasar pada isteri kerana dia dalam keadaan penat? Janganlah pula isteri merajuk dan menarik muka. Isteri perlu memahami suami. Bagaimana pula jika isteri yang bekerja tidak sempat mengemas rumah? Suami janganlah marah. Faham dan bantulah isteri.
Sumber : Bidadari yang terpelihara
Langgan:
Catatan (Atom)