Rabu, 27 Julai 2011

Raul Lemos Suami Krisdayanti mengamuk



Gambar Hiasan
         Suami penyanyi Krisdayanti, Raul Lemos dituduh melakukan kekasaran terhadap wartawan Global TV, Zaky Makmun dan Adit ketika mereka membuat liputan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Banten, lapor akhbarKompas.com kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila Raul dan Krisdayanti tiba dari Denpasar di Terminal 2F dan Raul dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan lalu menolak Aidit hingga kameranya hampir terjatuh.
Raul juga dilihat mengejar Aidit yang masih mengambil gambarnya namun dia cuba dihalang oleh Zaky tetapi turut menjadi mangsa kemarahan Raul yang berasal dari Timor Leste.
"Saya akhirnya menahan dan memberitahunya agar bertenang tetapi dicekik Raul," cerita Zaky sambil meniru ucapan Raul.
Zaky dan Adit kini berbincang dengan majikannya berhubung tindakan yang akan diambil ke atas suami penyanyi itu yang bertindak kasar ke atas mereka berdua. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???