Isnin, 23 April 2012

Pilu Jumpa Rangka Ibu Meninggal Hampir Setahun




Kepulangan seorang anak untuk menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu bertukar pilu apabila hanya menjumpai tulang dan tengkorak dua ahli keluarganya di dalam bilik rumah mereka di Kampung Pangkalan Lopeng Baru di sini, kelmarin.


Rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik dipenuhi sarang labah-labah dan mereka dipercayai meninggal dunia sejak hampir setahun lalu. 


Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang anak perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an bersama suami ketika mahu menjenguk ibu dan kakaknya.
Mereka dikatakan sudah lama tidak pulang kerana dihalang seorang lagi anak perempuan mangsa, juga berusia 40-an yang turut mendiami rumah itu.



Difahamkan, rumah berkenaan turut didiami anak saudara lelaki mangsa berusia lewat 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).


Sumber : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan pesanan anda ???