Memaparkan catatan dengan label Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

PENGORBANAN SEORANG IBU




Ini kisah sedih seorang ibu yang sanggup korbankan mata untuk kebahagiaan anaknya. Takkan ada orang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. 
Mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini... 
Semoga cerita ini beri pengajaran buat kita...

Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… 
Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, 
ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. 
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, 
“EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"

Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, 
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, 
alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. 
Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. 
Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. 
Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya..
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, 

“Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab 
“Maaf, Saya tersilap alamat” 
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, 
aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, 
Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. 
Semasa kamu masih kecil, 
kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, 
aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu…
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU… :'(

_______________________________________________


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, 

“Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, 
lalu dia berkata, 
"Wahai Rasulullah, 
siapakah orang yang paling berhak 
aku perlakukan dengan baik?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya, 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya lagi, 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Lelaki itu menjawab, 
‘Bapamu.’


(HR. Bukhari dan Muslim)
Riwayat al-Hakim
_______________________________________________


“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.” (Al-Isra’: 23).

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [ Riwayat al-Hakim ].

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, 
amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik 
yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. 
Oleh itu sayangi orang tua kita 
agar hidup kita sebagai anak sentiasa diberkati Allah.

Ahad, 6 Mei 2012

Hati Saya Hancur , Luahan Hati Ibu Azmin Ali

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.
Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.
Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.
Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.
Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.
Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.
” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.
Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.
Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.
Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.
Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Saya tak pandang, saya tak nampak, kalau tak buat benda tak baik, kenapa tak nak menentang, kenapa tak nak buat sumpah laknat di masjid, berani kerana benar, takut kerana salah,” kata Che Tom.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
” Parti Keadilan…di mana keadilan itu, dengan orang lain dia boleh ambil berat, dengan ibunya sendiri yang mengandungkannya, dia buat macam ni,” kata Che Tom.
” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya yang mengandungkannya betapa punya susah, saya yang melahirkannya betapa punya sakit, mendidik dia dari tapak tangan dua jari hingga dewasa. 
” Tetapi kalau nak balik pertama pulanglah ke pangkal jalan, bertaubat dan berhentilah dari kumpulan itu.
” Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok, saya hidup pun tak nak tengok, nak mati baru nak tengok…tak payahlah,”  katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)


Sumber :Mynewshub

Isnin, 23 April 2012

Pilu Jumpa Rangka Ibu Meninggal Hampir Setahun




Kepulangan seorang anak untuk menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu bertukar pilu apabila hanya menjumpai tulang dan tengkorak dua ahli keluarganya di dalam bilik rumah mereka di Kampung Pangkalan Lopeng Baru di sini, kelmarin.


Rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik dipenuhi sarang labah-labah dan mereka dipercayai meninggal dunia sejak hampir setahun lalu. 


Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang anak perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an bersama suami ketika mahu menjenguk ibu dan kakaknya.
Mereka dikatakan sudah lama tidak pulang kerana dihalang seorang lagi anak perempuan mangsa, juga berusia 40-an yang turut mendiami rumah itu.



Difahamkan, rumah berkenaan turut didiami anak saudara lelaki mangsa berusia lewat 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).


Sumber : Harian Metro