Memaparkan catatan dengan label Aduan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aduan Rakyat. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

AMYRA BALQIS penghidap kanser darah

Assalamualaikum ??

sedih sangat bila dengar cerita orang menghidap sakit kronik lebih-lebih lagi kalau penghidap tu budak sekecil adik amyra nie .semoga adik nie kuat untuk meneruskan hidupnya.sama-samalah kita berdoa untuk adik amyra semoga dia cepat sembuh dan hidup normal seperti kanak-kanak lain. pada mereka yang ingin menyumbangkan bantuan boleh salurkan ke akaun ibunya seperti dibawah.


IBU MYRA: HERNA BINTI SELAMAT
MAYBANK: 112054047075
CIMB: 1601-0020617-52-6
FB IBU MYRA: https://www.facebook.com/missherna

Selasa, 24 April 2012

Bank Halang Warga Emas Tunai Baucar BR1M




PEKAN: “Saya merayu pihak berkaitan yang dapat membantu saya mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas pihak bank enggan menerima kad pengenalan lama walaupun selepas disahkan pegawai di pejabat Daerah Pekan.
“Urusan menukar baucar BR1M bernilai RM500 perlu dilakukan sebelum 15 Mei depan iaitu tarikh akhir tuntutan bantuan kerajaan itu dan sekiranya tidak dilakukan, saya tidak mungkin mendapat wang berkenaan,” kata warga emas, Zaliha Hussain, 69.

Zaliha yang tinggal di perumahan banjir Batu Lapan, Lepar, dekat sini, menerima surat kelulusan bantuan BR1M bagi pihak ibunya, Halimah Awang Isa, 91, minggu lalu dan dia ke pejabat Daerah Pekan bagi mendapatkan baucar dan pengesahan kad pengenalan ibunya sebelum ke bank bagi urusan menukar baucar berkenaan.


Bagaimanapun, impian Zaliha untuk mendapatkan wang RM500 itu tidak menjadi kenyataan apabila pihak bank tidak membenarkan penerima BR1M menggunakan kad pengenalan lama sebaliknya hanya pemegang MyKad saja yang dibenarkan membuat tuntutan.

Walaupun baucar itu tertulis namanya untuk mewakili ibunya bagi bantuan berkenaan, surat pengesahan BR1M adalah atas nama ibunya.


“Selepas gagal membuat penukaran, saya sekali lagi ke pejabat daerah bagi mendapatkan kepastian dan pegawai terbabit mendakwa sebelum ini kes yang sama banyak berlaku tetapi ia selesai tanpa sebarang masalah.



“Saya pergi ke dua bank di sini dan Kuantan untuk menuntut wang, namun semuanya tidak mahu meluluskan tuntutan dengan alasan sama,” katanya.

Menurutnya, harapan untuk ibunya yang lumpuh untuk mendapatkan wang BR1M tidak akan menjadi kenyataan sekiranya masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan sebelum 15 Mei depan.


Zaliha berkata, wang RM500 itu terlalu besar buat dia sekeluarga terutama bagi menampung perbelanjaan menguruskan ibunya termasuk membeli lampin pakai buang yang digunakan setiap hari.

Katanya, saranan pihak bank supaya kad pengenalan ibunya ditukar kepada MyKad agak mustahil kerana ibunya bukan saja tidak mampu berjalan tetapi turut mengalami masalah hilang ingatan.


“Wang RM500 mungkin kecil bagi golongan berada, tidak bagi saya sekeluarga yang tidak mempunyai pendapatan terutama selepas suami yang mengidap penyakit lemah sendi tidak mampu bekerja sejak lebih tiga tahun lalu.


“Saya kini hanya mampu berserah dan berdoa berharap ada pihak yang sudi tampil membantu menyelesaikan masalah ini sebelum 15 Mei iaitu tarikh tutup menukar BR1M,” katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud berkata, dia akan menyiasat apa yang berlaku bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara bijak.

Selasa, 17 April 2012

Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital


Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital

China – Seorang lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan telah dibuang ke tempat pembuangan sampah oleh kakitangan di sebuah hospital hanya kerana dia tidak dapat mengingati identiti dirinya.
Kejadian itu berlaku setahun lalu, namun kesannya masih menghantui Xie Tongjung.
Menurut isterinya, lelaki berkenaan akan bangun di tengah malam dan menjerit.
Ketika kejadian, Xie, seorang guru sekolah ditemui di tengah padang selepas tercampak daripada motosikalnya dalam satu kemalangan.
Dia mengalami kecederaan parah dengan serpihan motosikal tertusuk di beberapa bahagian badannya.
Dia yang hilang selama tiga hari selepas kejadian itu, berjaya ditemui oleh penduduk tempatan, Deng Shunzhong yang kemudiannya menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Perubatan China Cina.
Namun setibanya di hospital, Xie yang gagal menyatakan pengenalan dirinya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah, beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Deng berjaya menghubungi keluarga Xie dan apabila mereka ke hospital, saksi memaklumkan mengenai keadaan Xie.
Ketika ditemui di tempat pembuangan sampah itu, mukanya penuh dengan sampah dan baunya amat busuk.
Menurut saksi, ketika dimasukkan ke hospital, Xie keliru dengan keadaan dirinya dan dicampak keluar empat hari kemudian selepas hospital yakin tidak ada pihak yang akan datang menuntutnya.
Berikutan kes berkenaan, siasatan telah dijalankan kerajaan dan kakitangan yang terlibat membuang Xie ke tempat pembuangan sampah, telah dipecat.