Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Isnin, 16 Julai 2012

Video janin 9 bulan dalam kandungan

Ibu sungguh besar pengorbanan mu mengandungikan ku 9 bulan 10 hari .membawa perot yang buyong ke hulu hilir tanpa mengeluh atau menyesal . menyusukan ku dan mendidik ku sehingga dewasa . sesekali terasa ingin ku mengalirkan air mata atas sifat kejam ku yang kadang-kadang tak penah menghargai jasa mu ibu .sungguh kejam anak mu ini ibu . semoga kau dapat memaafkan dosa-dosa ku ini ibu .
Sayang Ibu !!!!!........



Ahad, 15 Julai 2012

Kerana Dia Seorang Ibu



“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

Sabtu, 7 Julai 2012

pelajar sekolah agama cipta " Nutty Notty "



Idea menggunakan besi katil asrama terbuang bagi menghasilkan set membuka dan menukar tayar kereta mudah alih membawa tuah kepada lapan pelajar perempuan Sekolah Raja Perempuan Taayah (Serata) di sini, yang mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah emas Pameran Antarabangsa Pereka Muda 2012 di Bangkok pada 28 hingga 30 Jun lalu.
Berbekalkan alat dikenali ‘Nutty-Notty’ yang dicipta sejak awal tahun lalu, membolehkan mereka meraih pelbagai pengiktirafan seperti muncul juara pada Pertandingan Anugerah Pencipta Muda Universiti Teknologi Petronas 2011, Ekspo Saintis Muda Perak 2011 (Kategori Inovasi Sekolah Menengah dan Sains), Hari Harta Intelek Negara 2012 (Kategori Inovasi Pelajar Sekolah Menengah) dan Pameran Inovasi dan Penciptaan Kejuruteraan Antarabangsa 2012.

Ketua kumpulan, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata, cubaan mereka secara tidak sengaja apabila mendapat idea menjadikan besi katil sebagai ujian untuk mencipta alat itu membuahkan hasil, sekali gus membuktikan pelajar aliran agama juga mampu berfikiran kreatif dan inovatif.


“Kami bangga dapat membuktikan rekaan pelajar sekolah agama juga diterima di peringkat dunia.

“Kami tidak menyangka rekaan yang hanya menelan kos RM30 ini menarik perhatian ramai sehingga meraih pelbagai anugerah pada pertandingan yang kami sertai,” katanya.


Pelajar jurusan pengajian Islam itu berkata, penyertaan di Bangkok adalah pencapaian paling membanggakan, sekaligus mengharumkan nama sekolah dan negara.



Menurutnya, pertandingan di Bangkok penghujung Jun lalu, disertai 522 penyertaan dari sembilan negara iaitu Thailand, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Vietnam, Singapura, Taiwan, Filipina serta Malaysia.

“Set ‘Nutty-Notty’ yang direka mempunyai banyak kebaikan kepada pengguna kenderaan terutama wanita. Malah kami yakin alat ini dapat dikomersialkan berdasarkan maklum balas diterima daripada beberapa pihak.


“Set mudah alih, ringan dan tahan karat itu mampu membantu pemilik kenderaan menggantikan tayar kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga minit berbanding enam hingga 12 minit mengikut kaedah biasa,” kata Ameerah ketika ditemui wartawan pada sidang media mengenai kejayaan itu di sekolahnya, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusof Husin; Pengetua Serata, Noor Aini Zainal Abidin dan guru penasihat kumpulan itu, Ahmad Rezaudin Hussein.


Selain Ameerah, pelajar lain yang turut mengambil bahagian adalah Afifah Husain, 17, Nur Syuhadah Shahirah Junaidi, 17, Nabilah Aliyah Ahmad Naim, 17, Nurul Shazleen Husna Saad, 16, Radin Aimi Aqilah Muhammad Anas, 16, Norfaranina Shahira Zulkipli, 16, dan Farah Hanis Fadzil, 16.



Sumber : Mymetro

Jumaat, 29 Jun 2012

Isteri paling mudah masuk syurga

Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
“Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)




Jumaat, 11 Mei 2012

Wanita Ibarat Epal

Epal yang kurang berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan martabatnya begitu tinggi sehingga tiada sesiapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringi…
Pengajarannya, janganlah dikau wahai wanita merendahkan darjatmu hanya semata ingin berteman. Setiap dari kita sudah tetap akan jodohnya, tetaplah berada pada darjat istimewamu, pastinya lelaki yang terbaik sahaja berjaya ke tempat kedudukanmu.
Jangan pula terlalu bangga diri, keras hati, dan merasakan dirimu terbaik kerana tiada lelaki ingin wanita sebegini. Biarlah malumu menjadi perhiasan, akhlakmu menjadi perlindungan, dankelembutanmu sebagai kelebihan.




Sumber : diarihati