Ahad, 22 April 2012

Plat Nombor WWW Macam Goreng Pisang Panas


RM500,000 Bidaan Untuk Plat Nombor WWW?

PUTRAJAYA – Pembidaan untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan “WWW” hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.

“Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.

“Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter,” katanya.

Nombor giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap nombor.

Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.

Mohd Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran “WWW” boleh menarik tawaran setinggi RM500, 000.

“Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000,” katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.

Kementerian Pengangkutan menjangkakan plat nombor pendaftaran “WWW” bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia adalah singkatan di Internet atau “World Wide Web’.

“Berdasarkan minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan tertinggi.

“Nombor “angka tunggal” seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan,” katanya.

Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk nombor pendaftaran TAY1.

Sabtu, 21 April 2012

Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang..
ni cerita kucing arwah pakcik..
kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok)..actually Tompok ni tak cantik pon..bulu tak lebat..pakcik kutip dekat pasar..time tu Tompok ni kecik lagi..berkurap..hodoh giler..
pakcik buat balik rumah..bela sampai besar..sampai gemook gedebok..
punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik…
walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2..pakcik sangat sayang dekat tompok..
Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil..(peribahasa kucing kalau nampak ikan depan mata tak terpakai dalam konteks Tompok ini.Sekian terima kasih)
Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah.
Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik
Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik..
Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani..Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih..kalau masing2 meluru kearah makanan..Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan..kemudian bila Putih dah tak nak makan..baru Tompok pergi makan..
seminggu sebelum pakcik meninggal..Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!)..time tu pakcik kat hospital..seminggu kat atas motor.Tompok bukan merempit..tapi Tompok tunggu pakcik…macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi..
bila pakcik meninggal..
seminggu tompok langsung xjamah makanan..Tompok hampir mati..badannya jadik kurus kering..
bila sebulan dah pakcik pergi..baru Tompok boleh terima..Tompok mula makan dan jadik gemook balik..tapi setiap hari..tompok akan bertenggek kat atas gerai...termenung macam menunggu sesuatu..
(dah 6 bulan pakcik pergi..tapi macamnilah setiap hari..bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.)
Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..
sebab tu baru saya faham,,kenapa nabi sangat menyayangi kucing..kucing sebenarnya sangat suci hatinya..kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok..bila balik kerja je..terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..
Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..
(Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..)
saya seseorang yang sangat mencintai kucing seperti saya mencintai buah hati dan sahabat2 saya..…karena,bagi saya,,kucing itu dapat menghiburkan saya saat saya sedih..
lap ayaq mata jap sebelum nak sambung menulis..:(
ok.
saya pon ade kucing..kucing kite ni baby meow namanya..sebab dia masih kecik dan anak dara lagi.
ni ha,.baby meow kite yang xsedar dek untung..perasan diva..kejenye asyik mengkedarah je..nak syampoo yang baunya sama ngn syampoo saya..nak pakai rantai yang ade kat leher saya..nak minum susu Duct lady sama ngn saya..giler demand..tp takpe..kakak syg baby mewo sangat2…..:)

Rabu, 18 April 2012

Orang-orang Yang Akan Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita


Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.


Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…

Petua agar orang mudah tertarik kepada kita




1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa.

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

8) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

9) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

10) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

11) Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas.

12) Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

Sumber : Klik Sini

Selasa, 17 April 2012

Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital


Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital

China – Seorang lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan telah dibuang ke tempat pembuangan sampah oleh kakitangan di sebuah hospital hanya kerana dia tidak dapat mengingati identiti dirinya.
Kejadian itu berlaku setahun lalu, namun kesannya masih menghantui Xie Tongjung.
Menurut isterinya, lelaki berkenaan akan bangun di tengah malam dan menjerit.
Ketika kejadian, Xie, seorang guru sekolah ditemui di tengah padang selepas tercampak daripada motosikalnya dalam satu kemalangan.
Dia mengalami kecederaan parah dengan serpihan motosikal tertusuk di beberapa bahagian badannya.
Dia yang hilang selama tiga hari selepas kejadian itu, berjaya ditemui oleh penduduk tempatan, Deng Shunzhong yang kemudiannya menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Perubatan China Cina.
Namun setibanya di hospital, Xie yang gagal menyatakan pengenalan dirinya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah, beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Deng berjaya menghubungi keluarga Xie dan apabila mereka ke hospital, saksi memaklumkan mengenai keadaan Xie.
Ketika ditemui di tempat pembuangan sampah itu, mukanya penuh dengan sampah dan baunya amat busuk.
Menurut saksi, ketika dimasukkan ke hospital, Xie keliru dengan keadaan dirinya dan dicampak keluar empat hari kemudian selepas hospital yakin tidak ada pihak yang akan datang menuntutnya.
Berikutan kes berkenaan, siasatan telah dijalankan kerajaan dan kakitangan yang terlibat membuang Xie ke tempat pembuangan sampah, telah dipecat.

Motivasi : Berusaha hingga garisan penamat






Assalamualaikum ? hari ini saya akan berkongsikan sedikit video semangat untuk korag semua supaya kita semua dapat berusaha bersungguh2 untuk mencapai kejayaan sehingga titik peluh terakhir.jangan jadikan apa yang kita usaha2kan selama ini sebagai suatu yang sia2.pada video tersebut kita dapat lihat  : - 


1. derek redmond ni atlet balapan la. kira dalam video ni masa olimpik 1992. dia masuk acara 400m. dia lari dengan semangatnya. sampaila lagi 250m nak sampai garisan penamat. tiba2 hamstring dia injured. dan dia terus tak terduduk. PBSM datang bawak stretcher la nak angkat dia.
2. tapi at that moment, he decided to complete the race. nak habiskan jugak.walaupun dia dah ketinggalan jauh.
3. semasa dia terlompat lari dengan menggunakan kekuatan sebelah kaki je, ayah dia datang lari kearah dia. tanya dia adakah dia pasti dengan keputusan dia untuk terus lari ni. then, dia cakap, dia pasti. then, ayah dia lari sama2 dengan dia. terharu kan?
4. dia berjaya habiskan perlumbaan dan 67000 penonton bersorak melihat kekentalan dan betapa semangatnya dia.


usaha itu tangga kejayaan semoga apa yg kita usaha2kn akan mencapai kejayaan dan mendapat keredoaan allah swt.

Sabtu, 14 April 2012

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Gagal Lahirkan Anak Lelaki


Dibakar Hidup-Hidup, Gagal Lahirkan Anak Lelaki
Lahore – Seorang ibu mati selepas dibakar hidup-hidup oleh keluarga mertuanya , ketika wanita berkenaan sedang menonton televisyen hanya semata-mata dituduh gagal melahirkan anak lelaki.
Dalam kejadian itu, Sobia Bibi, 25, ibu kepada seorang anak perempuan, telah dicurah petrol sebelum dibakar di rumah yang diduduki bersama keluarga suaminya itu.
Menurut pegawai penyiasat polis, Inspektor Muhammad Hussain, empat orang telah ditahan termasuk ibu mertuanya yang berusia 90 tahun.
Sobia dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya, namun ketika kejadian, suaminya bekerja di Karachi.
Namun dia dilaporkan sering bergaduh dengan anggota keluarga mertuanya itu.
Sementara itu, kakak iparnya, Zahida Bibi dilaporkan telah mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Jelasnya, cubaan kali pertama untuk membakar Sobia gagal selepas wanita itu melarikan diri dengan masuk ke dalam bilik, namun mereka berjaya membakarnya dalam cubaan kali kedua.
Dalam pada itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Afzal berkata, Sobia sering didera oleh keluarga mertuanya itu dan dia dibakar sebagai hukuman kerana gagal melahirkan anak lelaki.
Menurut Afzal, ketika dia dan beberapa saudara mara yang lain memasuki rumah berkenaan, mereka terkejut selepas melihat tubuh Sobia yang rentung di atas sofa.
Ketika itu, keluarga mertua Sobia mendakwa wanita itu mati akibat terkena renjatan elektrik.