Selasa, 17 April 2012

Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital


Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital

China – Seorang lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan telah dibuang ke tempat pembuangan sampah oleh kakitangan di sebuah hospital hanya kerana dia tidak dapat mengingati identiti dirinya.
Kejadian itu berlaku setahun lalu, namun kesannya masih menghantui Xie Tongjung.
Menurut isterinya, lelaki berkenaan akan bangun di tengah malam dan menjerit.
Ketika kejadian, Xie, seorang guru sekolah ditemui di tengah padang selepas tercampak daripada motosikalnya dalam satu kemalangan.
Dia mengalami kecederaan parah dengan serpihan motosikal tertusuk di beberapa bahagian badannya.
Dia yang hilang selama tiga hari selepas kejadian itu, berjaya ditemui oleh penduduk tempatan, Deng Shunzhong yang kemudiannya menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Perubatan China Cina.
Namun setibanya di hospital, Xie yang gagal menyatakan pengenalan dirinya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah, beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Deng berjaya menghubungi keluarga Xie dan apabila mereka ke hospital, saksi memaklumkan mengenai keadaan Xie.
Ketika ditemui di tempat pembuangan sampah itu, mukanya penuh dengan sampah dan baunya amat busuk.
Menurut saksi, ketika dimasukkan ke hospital, Xie keliru dengan keadaan dirinya dan dicampak keluar empat hari kemudian selepas hospital yakin tidak ada pihak yang akan datang menuntutnya.
Berikutan kes berkenaan, siasatan telah dijalankan kerajaan dan kakitangan yang terlibat membuang Xie ke tempat pembuangan sampah, telah dipecat.

Motivasi : Berusaha hingga garisan penamat






Assalamualaikum ? hari ini saya akan berkongsikan sedikit video semangat untuk korag semua supaya kita semua dapat berusaha bersungguh2 untuk mencapai kejayaan sehingga titik peluh terakhir.jangan jadikan apa yang kita usaha2kan selama ini sebagai suatu yang sia2.pada video tersebut kita dapat lihat  : - 


1. derek redmond ni atlet balapan la. kira dalam video ni masa olimpik 1992. dia masuk acara 400m. dia lari dengan semangatnya. sampaila lagi 250m nak sampai garisan penamat. tiba2 hamstring dia injured. dan dia terus tak terduduk. PBSM datang bawak stretcher la nak angkat dia.
2. tapi at that moment, he decided to complete the race. nak habiskan jugak.walaupun dia dah ketinggalan jauh.
3. semasa dia terlompat lari dengan menggunakan kekuatan sebelah kaki je, ayah dia datang lari kearah dia. tanya dia adakah dia pasti dengan keputusan dia untuk terus lari ni. then, dia cakap, dia pasti. then, ayah dia lari sama2 dengan dia. terharu kan?
4. dia berjaya habiskan perlumbaan dan 67000 penonton bersorak melihat kekentalan dan betapa semangatnya dia.


usaha itu tangga kejayaan semoga apa yg kita usaha2kn akan mencapai kejayaan dan mendapat keredoaan allah swt.

Sabtu, 14 April 2012

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Gagal Lahirkan Anak Lelaki


Dibakar Hidup-Hidup, Gagal Lahirkan Anak Lelaki
Lahore – Seorang ibu mati selepas dibakar hidup-hidup oleh keluarga mertuanya , ketika wanita berkenaan sedang menonton televisyen hanya semata-mata dituduh gagal melahirkan anak lelaki.
Dalam kejadian itu, Sobia Bibi, 25, ibu kepada seorang anak perempuan, telah dicurah petrol sebelum dibakar di rumah yang diduduki bersama keluarga suaminya itu.
Menurut pegawai penyiasat polis, Inspektor Muhammad Hussain, empat orang telah ditahan termasuk ibu mertuanya yang berusia 90 tahun.
Sobia dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya, namun ketika kejadian, suaminya bekerja di Karachi.
Namun dia dilaporkan sering bergaduh dengan anggota keluarga mertuanya itu.
Sementara itu, kakak iparnya, Zahida Bibi dilaporkan telah mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Jelasnya, cubaan kali pertama untuk membakar Sobia gagal selepas wanita itu melarikan diri dengan masuk ke dalam bilik, namun mereka berjaya membakarnya dalam cubaan kali kedua.
Dalam pada itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Afzal berkata, Sobia sering didera oleh keluarga mertuanya itu dan dia dibakar sebagai hukuman kerana gagal melahirkan anak lelaki.
Menurut Afzal, ketika dia dan beberapa saudara mara yang lain memasuki rumah berkenaan, mereka terkejut selepas melihat tubuh Sobia yang rentung di atas sofa.
Ketika itu, keluarga mertua Sobia mendakwa wanita itu mati akibat terkena renjatan elektrik.

Selasa, 10 April 2012

Sebab Miskin Bawa Adik Ke Sekolah


Gambar-gambar di atas dan di bawah mencerminkan satu suasana kehidupan di wilayah Hunan di negara China.
Mengikut laporan-laporan media, apa yang dilihat ini bukanlah sesuatu yang ganjil di wilayah berkenaan atau di seluruh negara itu  sendiri.
Sudah menjadi satu amalan yang diterima di negara China untuk salah seorang ahli keluarga yang bersekolah membawa bersama ahli  keluarganya yang lain ke sekolah.
Baik pihak sekolah mahupun kerajaan negara komunis itu tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang perkara berkenaan.
Ini kerana, ibu bapa murid seperti dalam gambar itu terpaksa berkerja untuk memastikan satu keluarga tidak mati kebulur. Jika anak  mereka mahu ke sekolah, dia terpaksa membawa saudaranya bersama kerana sudah tentu keluarganya tidak mampu untuk mengajikan pengasuh.
Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Walaupun data dan statistik memperlihatkan China negara ekonomi kedua terbesar dunia, namun hakikatnya ialah rata-rata rakyatnya yang  berjumlah 1.3 bilion orang hidup dalam kemiskinan yang teruk.
Tidak keterlaluan jika kita berkata masyarakat Cina di Malaysia sangat-sangat bertuah dan hidup dalam kemewahan. Pun begitu ada juga  kumpulan seperti Dong Jiao Zong yang berterusan menekan kerajaan atas dorongan politik semata-mata.
Kalau ada masyarakat Cina Malaysia yang susah pun, belum ke tahap perlu bawak adik beradiknya ke sekolah. Bersyukurlah sikit kan.
Bawa Adik Ke Sekolah Pasal Kesimpitan Hidup

Sabtu, 7 April 2012

Kisah Bau Kasturi & Zina

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih.
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia inginmelepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang. Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu denganbauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

Kanak-Kanak 10 Tahun Lahir Bayi 2.3kg


BOGOTA – Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.
Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.
Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.
Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.
Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Khamis, 5 April 2012

5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat


5 Syarat Manusia Dibenarkan Membuat Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.