Ahad, 17 Jun 2012

Kisah 3 orang gila


Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


( Nama pun orang gila , layankan jerlh heheheheee.... )

Sabtu, 16 Jun 2012

Tragedi Malas Bangun Pagi

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.



Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.
Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.


Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.


Hah! nie makangnya...


Sumber Cilok : Harian Metro

Penyembuh Kanser


Penyakit kanser ialah suatu penyakit bengkak dan bernanah. Antaranya ialah kanser paru-paru, kanser usus, kanser rahim, kanser darah dan sebagainya.

Antara penyakit yang benar-benar dapat disembuhkan dengan Al-Quran adalah penyakit kanser.

Ujian/percubaan telah dilakukan ke atas beberapa jenis penyakit kanser dan didapati semuanya sembuh dengan izin Allah, insya-Allah.

Pengubatan cara ini termasuklah:

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran.

Adapun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca adalah seperti berikut:

1. Mulakan dengan surah Al-Fatihah.
2. Lima ayat permulaan, surah Al-Baqarah (1-5).
3. Ayat 163-165, surah Al-Baqarah.
4. Ayat 255, surah Al-Baqarah (Ayat Al-Kursi).
5. Ayat 256, surah Al-Baqarah.
6. Ayat 257, surah Al-Baqarah.
7. Akhir surah Al-Baqarah (Ayat 284-286).
8. Lima ayat permulaan, surah Ali Imran (1-5).
9. Ayat 18, surah Ali Imran.
10. Ayat 26-27, surah Ali Imran.
11. Ayat 54-56, surah Al-A'raf.
12. Ayat 117-119, surah Al-A'raf.
13. Ayat 80-82, surah Yunus.
14. Ayat 65-69, surah Thaha
15. Ayat 115-118, surah Al-Mukminun
16. Ayat 21-24, surah Al-Hasyr
17. Lima belas ayat permulaan, surah Ash-Saffat (1-15).
18. Ayat 31-34, surah Ar-Rahman
19. Ayat 3-4, surah Al-Mulk.
20. Ayat 51-52, surah Al-Qalam.
21. Ayat 3, surah Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq, An-Naas.

Cara Mengamalkan Ayat-ayat Suci:

1. Semua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7x ke atas air yang cukup bagi kegunaan mandi dan minum untuk tempoh seminggu, iaitu bagi mandi sekali sehari dan minum 3 gelas setiap hari.

2. Ayat yang sama juga ditiupkan pula (secara serentak) ke atas minyak zaitun yang kadarnya boleh disapukan ke atas anggota yang sakit bagi tempoh 21 hari (3 minggu).

3. Kemudian dibacakan doa-doa berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak iaitu:

Ertinya:  "Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan Engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan."  (HR At-Tirmizi)

4. Dibacakan 7x :

Ertinya:  "Saya memohon pada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Yang Memiliki 'Arasy (Singgahsana) yang besar, agar Dia menyembuhkan engkau (pesakit)." (HR Abu Daud dan At-Tirmizi (Hasan)).

Kemudian baca 7x :

Ertinya: "Saya berlindung pada kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Al-Quran) daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya dan kejahatan para hamba-Nya, juga dari segala gangguan syaitan-syaitan dan dari kedatangan mereka."  (HR Ahmad, Abu-Daud, An-Nasa'i dan At-Tirmizi)

Ertinya: "Dengan (menyebut) nama Allah Tuhan Penyembuh. Wahai Allah, sembuhkanlah hamba Engkau dan telah benarlah Rasul Engkau."

5. Sesudah itu hendaklah menyempurnakan mandi dan minum segelas air tersebut sewaktu pagi, tengah hari dan malam, setiap hari serta menyapu anggota sakit dengan minyak zaitun yang telah dibacakan itu.

6. Apabila timbul bengkak yang berbentuk darah, maka hendaklah digunakan sepenuh minyak pada tulang punggung, kaki kanan dan kaki kiri.

7. Apabila bengkak itu terdapat di tempat lain seperti payudara, rahim, usus atau paru-paru, hendaklah disapukan minyak ke bahagian yang sakit dari sebelah luar.

8. Hendaklah ditambah lagi mandi 21 hari dan menyapu dengan minyak zaitun dan bacakan lagi ayat-ayat tersebut sekali seminggu. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh, insya-Allah.

Wallahu'alam.

(Sumber: Mari Berubat Dengan Al-Qur'an oleh Asy-Syaikh Abi Al-Fadaa' Muhammad, terjemahan oleh: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh, terbitan Al-Hidayah Publications, ISBN 983-9188-49-6, rm6.00)

Jumaat, 15 Jun 2012

Doa dipertemukan Jodoh bagi yang belum berkahwin



Surah Yaasin: Ayat 32 - 36

[36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

-------------------------------------------

Fadhilat Surah Yaasin ayat 36: Untuk sesiapa yang belum berkahwin agar dipertemukan jodoh.

Caranya:

  • Baca Surah Yaasin ayat 36 dan berdoa.
  • Hembus pada telapak tangan dan sapukan ke muka.
  • Lakukan setiap pagi sebelum keluar rumah.

Wallahu a'lam.

Khasiat Kurma, Kismis & Madu


Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Ahad, 27 Mei 2012

aktiviti kucing di rumah kala boring


Huwarrrggghhhhhhhhhhh sedapnya tido..........

makan tido...makan tido...makan tido.......

kucing tgh wat latihan untuk sukan olimpik

tiru gaya artis........ hehehehe....

kucing kaki karok.......


malu2 kucing gitu....

kalau sy xada msa kucing sylh yg tlg blogwaking tok sy .... hehehee....

ovum dan sperma untuk dijual

Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini.
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.
"Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000," katanya.
Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.
Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.