Rabu, 22 Ogos 2012

Ujian Itu Tanda Kasih Sayang Allah S.W.T



Salam sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian…adakah kita selalu bertanya kenapa Allah memberi ujian ini dan itu kepada kita? Kenapa aku terpaksa menerima ujian ini? Seolah-olah manusia yang tidak ada iman dan kepercayaan kepada Tuhan. Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang telah diberikan Allah kepada kita. 


Sedarlah bahawa..FIRMAN Allah SWT: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah: 286)

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan manusia mengikut kemampuannya dalam apa jua sekalipun, cuma kita sebagai manusia yang perlu pandai dalam mengatasi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Dia Allah ingin menguji setakat mana kebergantungan kita kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah atau kita semakin jauh dariNya. Subhanallah. Kuatkanlah diri kita untuk mendekatkan diri kepadaNya apabila dalam keadaan senang atau susah, keadaan bahagia atau menderita.

Setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza seperti saya Allah swt telah memberikan ujian  dengan keguguran kandungan 3 bulan ada juga sahabat saya yang telah diberikan Ujian oleh Allah dengan kematian bayinya didalam kandungan 6 bulan . ujian Allah pada semua umatnya berbagai bentuk hanya dengan kekuatan iman menjadi  pegangan kita umat islam .

Ya Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya. Bagaimana pula ujian yang diberikan kepada kita? Ini semua terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu kita terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.

Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. –Dr mindailmu

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati." -Drmindailmu

Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita. Wallahua'lam..semoga kita dapat muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini.



Isnin, 13 Ogos 2012

Jenazah bapa tak dituntut ,harta boleh pulak dituntut

Gambar Hiasan


Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.


“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.

Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.


“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.



Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.


Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.


Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Selasa, 7 Ogos 2012

kembalinya anak ku kepada Allah swt



Salam ramadhan sahabat semua sudah agak lama juga saya tidak post sebarang entry atas sebab yang tak dapat dielakkan.

hari ini saya ingin berkongsi kesedihan bersama blogger semua apa bila kita kehilangan insan

yang kita sayang. orang kata kehilangan amat pedih dan sangat menyakitkan cuma kekuatan,kesabaran dan kepercayaan kita pada qada dan qadar Allah swt sahaja yang menjadi kekuatan kepada semua umat yang beragama islam.

saya baru sahaja keguguran kandungan 3 bulan beberapa hari yang lepas. awalnya amat payah untuk saya terima kenyataan nie tapi selepas rakan-rakan, ahli keluarga dan suami memberi kekuatan dan motivasi kepada saya akhirnya saya mempunyai kekuatan untuk menghadapi kenyataan.


setiap yang Allah swt uji pada semua umatnya ada hikmah disebaliknya , saya yakin Allah swt telah merancang sesuatu untuk kami suami isteri.tak guna untuk kita sebagai umat islam menangis walau air mata darah sekali pun atas ujian Allah swt semua itu telah tertulis dalam perjalanan hidup .kita sepatutnya bersyukur kerana terpilih untuk menerima ujian Allah swt.


Isnin, 16 Julai 2012

Video janin 9 bulan dalam kandungan

Ibu sungguh besar pengorbanan mu mengandungikan ku 9 bulan 10 hari .membawa perot yang buyong ke hulu hilir tanpa mengeluh atau menyesal . menyusukan ku dan mendidik ku sehingga dewasa . sesekali terasa ingin ku mengalirkan air mata atas sifat kejam ku yang kadang-kadang tak penah menghargai jasa mu ibu .sungguh kejam anak mu ini ibu . semoga kau dapat memaafkan dosa-dosa ku ini ibu .
Sayang Ibu !!!!!........



Tak Dapat Anak Dara Wanita Hamil Pun Jadi , Subhanallah....



Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini.
Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.

Keputusan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh turut mendapati mangsa dari Bandar Country Homes, di sini, mati akibat dijerut leher selain ada kesan air mani pada kemaluannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek terbabit didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan sebelum dia direman.


“Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.

“Suspek turut mendakwa seorang rakannya dikenali Jahat berusia 34 tahun menjerut leher mangsa menggunakan tali pinggang milik mangsa hingga mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat seorang wanita mengandung lima bulan ditemui dalam keadaan muka berulat di kawasan semak berhampiran sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, dekat sini. Mangsa yang berusia 30-an ditemui jam 3 petang oleh sekumpulan pekerja kilang yang melalui kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menghubungi polis.


Ahad, 15 Julai 2012

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia 2012 | 1433H




BILNEGERI ZON 
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


Sumber: JAKIM

Cuba Cedok Minyak Tumpah 100 Rentung Dibakar

Rentung

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak 

Sumber : Mynewshub